Y2K Online

Welcome To My Blog

Ahad, 21 Jun 2009

Warcraft Cheat

Stuck on a single-player mission? These cheat codes can provide you with that "edge" you're looking for. To use a cheat code, press the enter key, type in the code, and press enter again. The message "Cheat Code Enabled" should appear. Note that these codes only work in single-player missions and custom maps.

TenthLevelTaurenChieftain - Plays a special song (WarCraft III: The Frozen Throne ONLY)

WarpTen - Speeds construction of buildings and units

IocainePowder - Fast Death/Decay

WhosYourDaddy - God mode

KeyserSoze [amount] - Gives you X Gold

LeafitToMe [amount] - Gives you X Lumber

GreedIsGood [amount] - Gives you X Gold and Lumber

PointBreak - Removes food limit

ThereIsNoSpoon - Unlimited Mana

StrengthAndHonor - No defeat

Motherland [race] [level] - level jump

SomebodySetUpUsTheBomb - Instant defeat

AllYourBaseAreBelongToUs - Instant victory

WhoIsJohnGalt - Enable research

SharpAndShiny - Research upgrades

IseeDeadPeople - Remove fog of war

Synergy - Disable tech tree requirements

RiseAndShine - Set time of day to dawn

LightsOut - Set time of day to dusk

DayLightSavings [time] - If a time is specified, time of day is set to that, otherwise time of day is alternately halted/resumed

Jumaat, 19 Jun 2009

SEJARAH KULIM (KEDAH)

Kulim (bandar)


Bandar Kulim merupakan sebuah bandar yang terletak di kawasan tenggara negeri Kedah, berdekatan dengan sempadan negeri Pulau Pinang yang terletak di bahagian barat.

Bandar Kulim asalnya merupakan kawasan penempatan yang kecil pada era 1950-an. Kini ia merupakan tempat yang maju dengan kawasan-kawasan industri yang terletak di sekitar Bandar Kulim.


Nama Asal "Kulim"

  • Kulim dipercayai dibuka dan diami pada pertengahan abad 18 oleh 100 orang melayu Pattani. Nama Kulim diambil sempena pokok Kulim yang tumbuh merata tempat. Nama Asal Bandar "Kulim" mendapat namanya jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil "Kulim" (nama saintifiknya Scorocarpus borneensis Becc.)
  • Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Scorodocarpus borneensis Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah,Perak. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Pada tahun 1997 dianggarkan harga jual beli untuk kayu pokok kulim per meter padu adalah mencecah sebanyak RM 270.00.

Sejarah Bandar "Kulim"

  • Daerah Kulim dipercayai dibuka dan didiami sejak pertengahan abad ke 18 lagi iaitu dengan jumlah 100 orang yang berasal dari keturunan Melayu Pattani. Menjelang pertengahan abad ke 19 Kulim telah menjadi tumpuan kerana penemuan hasil bijih timah. Pada tahun 1890 terdapat 400 pelombong Cina beroperasi di Kulim. Antara kawasan terawal pembukaan Daerah Kulim ialah di Belakang Tebok. Lombong-lombong bijih timah yang terbesar telah dibuka di kawasan Kulim ialah Taman Tunku Putra, Kg Bukit Besar, Karangan, Terap dan Kelang Lama. Menurut catatan pada tahun 1854 terdapat 8 buah syarikat cari gali bijih timah dengan jumlah pekerja seramai 1500 orang. Pada tahun 1888 tercetus peristiwa besar di Kulim yang melibatkan pekerja-pekerja lombong bijih timah. Peristiwa ini dikenali sebagai "Perang Nyonya Cantik" atau "Perang Kulim".
  • Kejadian ini bermula apabila taukeh-taukeh lombong bijih di sekitar Kulim bergaduh sesama sendiri kerana merebut seorang wanita Cina yang cantik atau wanita simpanan. Taukeh-taukeh ini telah menggunakan pekerja-pekerja lombong masing-masing dalam pergaduhan yang terjadi. Keamanan penduduk telah terancam dan pergaduhan ini telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya dengan memakan korban yang banyak di antara pihak-pihak yang terlibat. Insiden Perang Kulim 1888 ini telah menyebabkan kerajaan Kedah terpaksa melantik seorang rakyat British iaitu B.E Mitchell sebagai Ketua Polis Kulim pada tahun 1890 dan kedudukan kewangan negeri Kedah yang teruk. Melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 maka pihak British telah menganggap Kedah telah pun berada di bawah pemerintahannya. Hanya pada tahun 1923 barulah Sultan Abdul Hamid membuat perjanjian dengan British bahawa Kedah secara rasmi menjadi naungan British. Nama Daerah Kulim dipercayai diberikan kerana terdapat banyak Pokok Kulim yang terdapat di kawasan ini terutama di kawasan Bandar Kulim oleh penduduk awal ini. Bekas pelombong yang bekerja di kawasan perlombongan yang kaya dengan hasil bijih timah di negeri Perak iaitu di kawasan Larut, Matang, Taiping dan Selama adalah yang mula-mula membuka Daerah kulim.
  • Bekas pekerja lombong ini melarikan diri dari kawasan bijih timah di negeri Perak kerana tidak mahu terlibat dengan pergaduhan yang sering berlaku di antara Kumpulan Kongsi antaranya kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang sering di tubuhkan oleh pekerja-pekerja lombong negeri Perak bagi merebut kawasan yang kaya dengan bijih timah. Dipercayai pelombong-pelombong ini melarikan diri merentas hutan belukar di kawasan Kulim menuju ke Pulau Pinang untuk mencari pendudukan baru. Pulau Pinang ketika itu sudah menjadi bandar pelabuhan yang sibuk di Utara Tanah Melayu sejak pembukaannya oleh Inggeris pada tahun 1786. Ketika melalui kawasan Kulim bekas-bekas pelombong ini mendapati dalam sungai dan tanah ada tanda bahawa wujudnya bijih timah dan telah mengambil keputusan untuk tinggal menetap dan membuka perkampungan bagi memudahkan mereka mendulang bijih timah.
  • Di antara bangunan warisan yang masih terdapat di Kulim ialah panggung Coronation,Sek Men St. Patrick (1933) yang mana telah dijadikan sebagai bangunan perniagaan. Sekolah Menengah Sultan Badlishah (1948), Balai Polis Kulim dan sebagainya. Manakala jam merdeka Kulim telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah pada 15 September 1957 yang masih kekal menjadi mercu tanda bagi bandar Kulim. Jam Merdeka Kulim telah berdiri megah lebih 44 tahun iaitu seusia dengan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Batu asas Jam Merdeka ini telah dibuat oleh YPM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 14 Jun 1957. Jam Merdeka Kulim ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 3 bulan dan dirasmi oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Yang Di Pertuan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Shah, KOM, CMG, KBE Sultan Kedah pada 15 September 1957 iaitu 2 minggu selepas Perisytiharan Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.


  • Kos Pembiayaan Jam Merdeka Kulim Dibiayai melalui penduduk Kulim sendiri yang berdasarkan catatan sebanyak RM40,000.00 sebagai manifestasi penduduk Kulim sebagai rakyat negara ini di atas kejayaan negara mencapau kemerdekaan dari penjajahan British.

Hingga Kini Jam Merdeka Kulim masih lagi menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk Kulim. Ianya kini telah diindahkan lagi termasuk mengadakan air pancutan di kawasan bersebelahan dengannya.

  • Bandar Kulim terletak di kawasan tenggara negeri Kedah dan terletak berdekatan dengan sempadan negeri Pulau Pinang yang terletak di barat. Bandar Kulim asalnya merupakan kawasan penempatan yang kecil pada era 1950-an. Kini ia merupakan tempat yang maju dengan kawasan-kawasan industri yang terletak di sekitar Bandar Kulim..Dewan Undangan Negeri Kulim terletak di Kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu di negeri Kedah Darul Aman, negara Malaysia. Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia. Penubuhan Taman Teknologi Tinggi Kulim (atau Kulim Hi-Tech Park) diharap dapat mencetuskan pembangunan pesat di Kulim .

Pusat Bandar

Di persekitaran Bandar Kulim masih lagi rumah kedai yang wujud sebelum zaman Perang Dunia Kedua lagi. Malangnya, kebanyakkannya telah pun diruntuhkan untuk membina bangunan-bangunan yang baru.

Simbol yang terkenal di Bandar Kulim adalah menara jamnya yang masih lagi berfungsi.


Kawasan Kejiranan di Bandar Kulim

Terdapat banyak taman-taman perumahan yang dibuka di sekitar Bandar Kulim. Antara kawasan taman perumahan yang terbesar ialah Taman Selasih yang lengkap dengan pusat komersialnya tersendiri.

Senarai Kawasan Kejiranan

  • Taman Keranji
  • Bukit Kulim
  • Kampung Air Merah
  • Kampung Darul Aman
  • Kampung Syed Syeh
  • Kampung Tunku Putra
  • Keladi
  • Kelang Lama
  • Taman Bersatu
  • Taman Dahlia
  • Taman Kempas Indah
  • Taman Kemuning
  • Taman Selasih
  • Taman Semarak
  • Taman Seroja
  • Taman Tunku putra

[ Kemudahan di Kulim

Untuk memenuhi kehendak 150,000 orang penduduk di Bandar Kulim, terdapat banyak kemudahan yang terdapat di sekitar bandar ini.

[ Bank

[] Keselamatan

  • Balai Bomba Kulim
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim
  • Kem Bukit Awi - Askar Wataniah Malaysia
  • Pejabat Pertahanan Awam Daerah Kulim

Kesihatan

  • Hospital Kulim
  • Klinik Pakar Pergigian Hospital Kulim

Pasar

  • Pasar Kulim

Pasar Malam

  • Pasar Kulim (setiap hari Rabu dan Sabtu)
  • Pasar Taman Selasih (setiap hari Selasa dan Jumaat)
  • Pasar Kilang Lama (setiap hari Ahad dan Khamis)
  • Pasar Taman Tiram
  • Pasar Taman Jati (setiap hari Jumaat)

Pasaraya

  • Big 10
  • Minat (di Taman Selasih)
  • The Store
  • Yawata (pasaraya tertua di Kulim)- Kini Happy Home
  • Landmarks Centrel (Giant) dalam pembinaan
  • Pasaraya Long Wan
  • Pasaraya Zon Ria

Pendidikan

  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ( www.ptsb.edu.my )
  • Kolej MARA Kulim
  • Maktab Rendah Sains MARA (PDRM)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan St Anne's Convent Kulim
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selasih
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Junjong
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Hi-Tech
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah
  • Sekolah Menengah Teknik Kulim
  • Sekolah Kebangsaan Sri Kulim
  • Sekolah Kebangsaan Kulim
  • Sekolah Kebangsaan Air Merah
  • Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong
  • Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kulim
  • Sekolah Menengan Jenis Kebangsaan Chio Min
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Cheng

Restoran Makanan Segera/Francais

] Rumah Ibadat


Islam

  • Masjid Al Huda, Kelang Lama
  • Masjid Kampung Air Merah
  • Masjid Kampung Darul Aman
  • Masjid Keladi
  • Masjid Kulim
  • Masjid Jamiul Makmur
  • Masjid Taman Selasih



Persatuan/Pertubuhan

Agama

  • Jemaah Islah Malaysia (Kulim)
  • Persatuan Buddha Kulim (Kulim Buddhist Society)
  • Yeoh Si Hong Long Tong PW/Kedah